 | You'Re weLcoMed.. | Aug 1, 2007 |

O Allah... on this day, make my fasts the fasts of those who fast sincerely, and my standing up in prayer of those who stand up in prayer obediently, awaken me in it from the sleep of heedless, and forgive me my sins, O God of the world, forgive me, O one who forgives the sinners...
**Let we struggle hard to do the best in this Ramadan.  | Who | May 22, '10 9:23 PM for everyone |
 Who wanna be my books Who are my loved one or Who wanna be my bookshelves Who carry my love
[confuse mode]
 | Kabur | May 12, '10 6:56 PM for everyone |
 Masih kabur.. tapi tidak selamanya kabur.. yang diharap jangan berkubur.. kerana dalam kabur pasti juga diukur.. telah teratur ! *Foto diambil di Apartment Villa Angsana, Kuala Lumpur  Target begin with May. Welcoming May with pleasure..!
1 Month 1 Chapter All the Best~~!
 Orang kata Masa itu ibarat emas tinggi harganya cantik nilainya berkilau-kilau tapi masih dibazir-bazirkan malah menjadi bahan jual dan beli harga emas boleh ditentukan harga masa?
Orang kata Masa itu ibarat pedang jika tidak memotong kita lah yang dipotongnya zaman kini memang zaman potong memotong tapi sayangnya pedang semakin tumpul tidak diasah malah dibiar berkarat lagi lagi dahsyat jika terhunus pedang sendiri
Orang kata Masa itu ibarat nadi jika berhenti tidak kembali sukarnya menghidupkan nadi sukar juga pabila kehilangan masa
Tuhan dah kata bersumpah demi masa rugilah manusia yang membazir masa tanpa berbakti menyesal lah mereka dengan kerugian yang pasti tapi cerah bagi mereka yang punya secebis iman beramal tanpa mengharapkan balasan saling mengingati antara teman-teman agar taat pada kebenaran dan kesabaran
Percayalah pada kata-kata Dia bukan kata-kata dia yang lalai dan merugikan kalian takkan mampu beli masa hargai masa yang ada agar sesal tidak menimpa
Saadah Khair 27 Mac 2010
Foto: Jam tangan yang sedang retak. Semoga masa yang ada tidak retak!
Helaian putih tercorak hitam biru langkau sebaris tulisan tangan coretan bermula dengan nama Tuhan Esa
kini sudah separuh awalnya indah akhirnya tidak pasti ditengahnya ranjau berduri
kisah di dalamnya sepi tapi bahagia atau sepi tanda derita tanda soal noktah kelu tak berkata
Kita watak utama hanya kau jadi pahlawan gagah aku mati diracuni atau aku dijulang bangga kau dipenyek merana atau kita berdua menempuh sakarat bersama atau kita berdua bersama bahagia atau Ah!! terlalu banyak andaiannya! masih di pertengahan tidak bergerak melangkah setapak berundur semula tiada pengakhirannya noktah
Noktah lagi tanda soal berbaris rapi kulit buku sudah mula pudar kertas juga rapuh watak lelah menanti peranannya dakwat kehabisan lagi huruf masih tidak muncul-muncul lagi
termenung bagaimana pengakhirannya stereotaip tidak permisi usah disamakan dengan kisah biasa ini kisah luar biasa dipenuhi noktah hentian di pertengahan
Ini kisah tiada akhir Ini kisah tiada akhir
Saadah Khair 24 Mac 2010
<mode membuang masa sebelum periksa menjelma>
Dengan nama Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Entah kenapa saya baru mengenali seseorang yang bernama Fynn Jamal. Saya terlewat barangkali. Tapi sekurang-kurangnya saya sudah tahu tentang dia. Puisi-puisinya. Karya indahnya. Dua perkataan untuk beliau: Puitis! Ikhlas! Jujur saya katakan, saya minat puisi kerana di dalamnya ada seribu rahsia yang hanya penulis boleh mengerti.. Blog beliau boleh dibaca di SINI (puisitepijalan). Lagu beliau yang pertama kali saya dengar ialah 150 Juta. Menarik! Lihat videonya di SINI. Banyak lagu persembahan karya2 beliau berbentuk lagu dan puisi di You Tube. Sengaja mahu berkongsi lirik lagu santai tersebut.. Tiada kaitan dengan kisah kehidupan saya. Cuma bertanya diri sendiri, siapakah gerangan yang sudi hidup bersama saya untuk 150 tahun pada masa hadapan?? Hayatilah... Untuk kali keseratus lima puluh juta Mereka tanyakan engkau soalan yang sama “Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?” “Apa kau buta, apa kau pura-pura suka” Di seratus lima puluh juta kali itu Di depan semua engkau tarik tangan aku Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu Sambil ketawa engkau bilang satu per satu “Dia mungkin bengis seperti singa” “Tapi dia nangis tonton cerita Korea” “Dia mungkin keras bila bersuara” “Tapi dia jelas, jujur apa adanya” “Aku lagi kenal dia” Dah lebih seratus lima puluh juta kali Aku pesan padamu apa yang bakal jadi Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi Di setiap seratus lima puluh jutanya Aku pun dalam hati semacam tak percaya Apa kau lihat pada aku jujurkan saja Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata “Saya mungkin baran tak kira masa” “Tapi saya tahan kalau yang salah saya” “Saya mungkin saja keras kepala” “Tapi saya manja bila kita berdua” “Saya kenal sayang saya” Buat apa dicerita Bahagia kita rasa Biar tak dipercaya Peduli orang kata Baju ronyok tak apa Asal pakai selesa Berkilau tak bermakna Kalau hati tak ada Aku lebih bengis dari sang naga Tapi bisa nangis semata demi cinta Suaraku keras tak berbahasa Kerna aku rimas gedik mengada-ngada Aku mudah baran tidak semena Mana boleh tahan angin cemburu buta Dan aku sengaja tunjuk keras kepala Aku punya manja, kau saja boleh rasa Rahsia kita berdua..
**Ya.. Rahsia kita berdua.. Hanya kita yang rasa, Hanya kita yang simpan di dalam jiwa..
Bismillahirrahmanirrahim Entri kali ini digunakan di dalam Bahasa Melayu. Ini bahasa kebangsaan saya. Saya berbahasa Melayu kerana saya adalah Melayu beragama Islam. Saya mempunyai sebab tersendiri untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di dalam blog ini, bukan kerana saya tidak menghormati bahasa Ibunda saya, akan tetapi sebab itu hanya disimpan di dalam hati. Tidak perlu diwarwarkan di sini..  Pesta Buku. Saya tidak pernah melepaskan peluang ke Pesta Buku pada setiap tahun. Dan teman setia setiap tahun juga ke PB ialah Munirah Roslan. Begitu juga kemeriahan yang saya rasai pada PB kali ini di PWTC ialah bersama dia, terima kasih teman! Saya sengaja pergi ke PB pada hari ahad, kerana saya sudah menilik beberapa aktiviti menarik yang ada pada hujung minggu lebih menarik daripada hari-hari yang sebelumnya, walaupun saya tahu ia pasti "zahmah". Sesak! Dan di PB kali ini, saya sudah mengatur diri saya lebih baik dari PB sebelum ini. Saya sediakan wang secukupnya, tidak lebih dan tidak kurang (ini paling utama), senarai buku yang hendak dibeli sentiasa ada di tangan (juga peringatan daripada Mun supaya tidak beli buku di luar senarai), dan akan menuju di tempat-tempat yang utama dahulu sebelum meronda-ronda mencuci mata. Tapi saya gagal juga untuk tidak beli buku di luar senarai, kerana tangan saya lebih pantas bergerak diiringi dengan nafsu ingin membaca tanpa menghiraukan suara tegahan Mun..hehe..
 Kenang-kenangan suka-suka teman baik saya dengan Saudari Irma dan Saudara Tam  Dua buku baru Ustaz Hasrizal menjadi milik saya dengan tandatangan beliau di dalamnya. Tahniah Ustaz!  Sempat berbual panjang dengan En. Khair Ngadiron (namanya sebiji nama ayah saya) dan Faisal Tehrani di ITNM. Majoriti buku yang saya beli kali ini adalah ditulis FT. Ada sesuatu yang saya mahu cari di dalam penulisan beliau. Tahniah untuk Bahlut! Saya dihasut untuk membeli buku FT yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh Encik Khair dengan promosi 30%. Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan PBAKL 2010. Lebih tersusun daripada tahun-tahun sebelumnya. Bilangan yang hadir juga bertambah-tambah. Promosi membaca juga besar-besaran. Dan saya juga berharap agar budaya membaca dapat dipupuk di dalam masyarakat Melayu khususnya, dan masyarakat 1 Malaysia secara amnya. Semoga segala bacaan kita menuju tumpuan yang satu, mengharapkan keredhaanNYa, Tuhan berfirman: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan" (al-'Alaq:1).  8 buah buku dari PBAKL 2010. Buku pertama di dalam gambar di atas sedang dibaca sekarang, ia hanya sekadar memenuhi selera 'gembira' saya untuk memiliki novel cinta humor, dan kerana sudah lama tidak membeli novel Bahasa Melayu. Buku terakhir di dalam gambar pula adalah buku yang bakal saya hadiahkan buat Bonda saya. Baki buku yang berikutnya saya akan baca bukan untuk bulan ini. Saya perlu membaca buku akademik untuk peperiksaan yang bakal menanti dan persediaan untuk menulis tesis. Dan semua buku kali ini berbahasa Melayu! Kecuali buku FT yang diterjemahkan dari Bahasa Melayu (Bedar Sukma Bisu) ke dalam Bahasa Inggeris.. **InsyaAllah akan ke PB untuk kali kedua bersama Ayah pada Jumaat ini, 26 Mac 2010. Buku apa ya yang saya mahu beli untuk ditampung duit ayah..hehe...
 13 March 2010, I continue my 'Unforgotten Journey' to Aboriginal Village at Pos Bersih, Slim River, Perak Darul Ridzuan. I put a name of 'Unforgotten Journey' is because i'm trying my best to not ignore my responsibility to spread da'wah among Orang Asli although i have other responsibilities in my life. I'm trying to manage my time to join this kind of programme once in a month or any of my leisure time either in university programmes or outside programme like this. So, last Saturday (only 1 day), i joined IOA-ABIM programme lead by Encik Syamsul to this village at Pos Bersih, accompanied by Yusuf, Aisyah, Hajar & Zulaika. Like its name, this village is really clean, neat & tidy, and the villagers also are so kind and very helpful one. There were only minority who converted to Islam, and it is our responsibility to make them convenience with this religion as a way of our life. So, we have to always visit them and share what we have by the name of brotherhood in Islam. And this is my first time to visit this clean village.. :) Due to my busy day during this week, i will just share some interesting pictures additional with small info..  This is a general look of Pos Bersih. There were terrace houses and old design houses too, plus primary school and kindergarten. It's totally clean!  Cooking Time. Lunch Time. I'm just helping to prepare the cooking things and not the one who cook the dishes.. We stayed in this Muslim house and they are so hardworking. The children were so nice and we watched Indonesian horror movie together..hehe.. Honestly, i'm really miss curry at Kg Orang Asli...  Do you know that i have this talent?? hahaha.. It is not easy like you think. You need patience and strength to finish this decoration. I forgot its name.. Thanks to Sis Rozita for her patience to teach a stubborn student like me..hehe  Before we left this village (actually there are 3 villages at Pos Bersih), we had the enjoy moment with children in this last village. It raining outside but we have a lot of fun. We ate sweet and playing together.  I like this moment..! When i came to 'mandi2 sungai' with aborigine children, suddenly, a group of canoeing came.. It was so exciting because this is my first time to see their adventure expedition. They took three hours to reach this village along Ulu Slim River. All of them came from KL and will continue their expedition to another place.. The river is cool~!  Kolam Air Panas, 104 celcius. So Hot..! Unfortunately, we didn't bring eggs.. See the boiling waiter.. blurp..blurp..blurp..  Four of us ^___^ ** This week is the last lecture week for this semester.. I'm Happy~!! \(^_~)/ **Updated from http://bintukhair.blogspot.com bismillahirrahmanirrahim.. This is an early announcement to call everybody in supporting 29th Kuala Lumpur International Book Fair which will be held on 19 - 28 March 2010. The official website can be clicked HERE.
 So, Lets together come and prepare our wishlist books from now special for this book fair. One more thing, please prepare your budget too, make sure dont over the budget.. This advice is for myself.. :) **I listed down more than 5 books to buy on this bookfair.. Counting the days.. hehe Langit tetap biru.. mencengkam kalbu.. Bertukar merah.. tatkala senja menyerah.. Menjadi gelap gelita.. tika bulan menemani setia.. Seketul yang satu itu juga berwarna.. dicorak pelbagai rupa.. biru, merah, indigo, jingga.. kadangkala kehabisan warna.. sukar ditafsir tiada jelasnya.. Jika lurus, terlepas lega.. Jika bengkok, tersangkut cela.. 27 Feb 2010 Saadah Khair  Special for Maulidurrasul Peace be upon him..
Allah said in surah al-Ahzab, verses 56: "Allah and His angels send blessings on the Prophet: O ye that believe! Send ye blessings (Solawat) on him, and salute him with all respect." Lets solawat together.. Allahumma Solli 'ala Saydina Muhammad wa 'ala aali Muhammad.. not only for today, but for the rest of our life...
In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live محمد يا رسول الله
You were so caring and kind your soul was full of light You are the best of mankind محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله الحبيب المصطفى Peace be upon The Messenger The Chosen One
From luxury you turned away And all night you would pray Truthful in every word you say محمد يا رسول الله
Your face was brighter than the sun Your beauty equaled by non You are Allah Chosen One محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله الحبيب المصطفى Peace be upon The Messenger The Chosen One
I'll try to follow your way And do my best to live my life as you taught me I pray to be close to you On that day and see you smile When you see me
صلّوا على رسول الله الحبيب المصطفى Peace be upon The Messenger The Chosen One
صلّوا على رسول الله Oh Peace be upon.. Oh The Chosen One
Download this and other original video files with Multiply Premium. Alhamdulillah, 16 Feb is a birth-day of my beloved dad.. He reached a very golden age of 71 years old. I am so grateful that Allah bless him with a long life and a good family.. Alhamdulillah.. Our family already made a simple but happy celebration birthday for those who born in February. Fadwah on 13th, Ayah on 16th, and Abang Zul on 22nd. May Allah shower all of them with His blessing, love and happiness.. aminn~~ Happy Birthday Ayah.. This poem is specially dedicated for you..  You're a dad, and you're doing great, You taught me by example, as a role model, Everyday the whole year through, You always make the effort to listen and share, with thousands care, This is a wishful daughter pray, that you always stay the same, as a lovely father, as a knowledgeable teacher, as a good listener, as a wonderful exemplar, as a best person ever.. I feel grateful that you are my father, May Allah bless you always.. Happy Birthday.. Bismillahirrahmanirrahim We should survive in our journey, and all journeys need survival... Therefore, this Survival of Life need the Journey of Life. They need each other to have a great meaning of life.. Welcome to visit my Journey of Life at http://bintukhair.blogspot.com.  There will no differences, the story is all about my survival to continue this journey of life. The differences clearly on the blog's title and its website. The link's name is still bintukhair because i am the daughter of my father which my dad's name is Khair. Thank you.. Alhamdulillah, 30 Jan 2010, perancangan dan perjalanan berjalan dengan lancar. Kami bertiga; Azhar, K.Syariah, dan saya menjejaki dua buah pulau di sekitar Klang iaitu Pulau Indah dan Pulau Carey. Jaulah (perjalanan) kami diiringi niat da'wah kepada orang asli, t api da'wah yang kami bawa tidak berbentuk ceramah atau kelas agama, jauh sekali dengan program besar-besaran. Kami mahu mencari mereka yang selayaknya mendapat pendedah an tentang Islam dan menyedari kehadiran saudara Muslim seperti kami. Semoga ada sin ar hidayah buat mereka. Saya tidak mahu bercerita panjang, cerita saya di entri kali ini berbentuk gambar, dan penerangan serba sedikit tentang jaulah ini. Sebenarnya, ini adalah kali kedua saya ke Pulau Indah, di mana pertama kalinya saya ke sana dengan menyertai program JASA. Catatan perjalan boleh dibaca di SINI, dan gambar2 program yang lama boleh dilihat d i SINI.  Sebelum masuk ke Perkampungan Orang Asli Pulau Indah, kami singgah sebentar di Jeti Laguna Park ini. Lengang. Panas. Juga damai. Hanya pemancing ikan yang sudi setia berada lama di jeti ini. (Sila klik gambar untuk lebih jelas)  Tiba di Pulau Indah. Banyak perubahan terutama jalan masuk ke sana. InsyaAllah bakal terbinanya Sekolah Rendah & Menengah untuk anak-anak di sana. Sayang sungguh kerna tidak dapat menemui Tok Batin kampung ini, tapi kami tetap gembira dapat beramah mesra dengan kaum hawa, kanak-kanak, dan juga Pak Wan yang sangat peramah. Alhamdulillah bilangan penduduk Islam juga bertambah, dan kelas agama anjuran PERKIM diadakan setiap Rabu, Jumaat dan Sabtu. Moga Hidayah terus memberi sinar buat mereka. (Sila klik gambar untuk lebih jelas)  Kami teruskan perjalanan ke Pulau Carey. Kali ini kami hanya berpandukan papan tanda di jalan raya. Ini kali pertama kami ke sini, tapi pulau ini memang agak terkenal dengan kebudayaan dan adat Orang Asli. Foto ini adalah peta Pulau Carey.  Kampung pertama yang kami jejaki ialah Kg Bumbun. Di sini ada Pusat Kraftangan yang baru dibina dan masih belum dirasmikan. Kerajaan juga telah membina 11 teratak kraftangan di rumah-rumah terpilih untuk mereka menjual hasil kreativiti mereka. Kami sempat berkenalan dengan Abg Mizan yang juga seorang pengukir kayu. Hasil tangannya cantik. Jualannya tertumpu kepada pelancong asing dan mencecah ratusan ringgit. Setiap ukiran mempunyai maksud dan cerita yang tersendiri. Sempat juga kami memberi buah tangan di atas kesudian beliau berkongsi cerita dan melayan baik kehadiran kami yang tidak diundang ini. (Sila klik gambar untuk lebih jelas)  Di sebabkan keadaan minyak yang semakin kurang, kami keluar ke Telok Panglima Garang untuk memenuhkan petrol. solat, dan makan tengahari. Seterusnya kami singgah di Kg Rumbai Laut. Cerita lucu di sini terjadi apabila kami digelar penculik oleh seorang budak lelaki di sana. Ini adalah kerana kami akan berhenti memberi gula-gula kepada kanak-kanak yang kami temui, dan mereka tidak akan menolak manisan ini. Sempat berbual mesra dengan sebuah keluarga yang sangat ramah. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Kg Melayu Pualu Carey yang terletak selepas Kg Rumbai, dan di dalamnya lagi ialah Kg Kepah Laut. Solat Asar di Masjid Jamek Kg Melayu dan kehadiran kami disambut hebat oleh anjing dan hambar oleh penduduk Kg Kepah Laut. (Sila klik gambar untuk lebih jelas)  Kami singgah lagi ke kampung yang berikutnya, Kg Judah. Waktu petang sebegini, penduduk kampung mula keluar rumah. Ramai juga peniaga cina datang menjual barang masuk ke kampung ini. Di sini, saya jadi YB gula-gula.hehe.. Mahu menarik minat kanak-kanak yang bertemu dengan kami. Mungkin mereka terkejut dengan kehadiran orang luar, lebih-lebih lagi saya dan k.Syariah bertudung. (Sila klik gambar untuk lebih jelas)  Kampung terakhir ialah Kg Jugra. Di kampung ini saya benar-benar tersentuh. Jalan kecil untuk masuk ke kampung dipenuhi tong dan bekas-bekas plastik. Kami disambut dengan teriakan anjing. Tapi senyuman seorang budak lelaki melegakan hati kami. Sumber rezeki sekeluarga ini adalah dengan menjual bekas-bekas pelastik ini kepada lelaki India dengan hanya harga 80 sen sekilo (tidak silap saya). Dan mereka memungut sampah-sampah ini di tepi sungai dan dijual untuk mendapatkan wang. Kampung ini hanya menempatkan 7 buah rumah kayu yang agak usang. Kami tidak melawat kesemuanya kerana ugutan anjing yang bertalu-talu yang tidak senang dengan kehadiran orang luar. Tapi saya dapat lihat kesenangan hati anak-anak itu menerima kami, barangkali dengan gula-gula yang kami beri. Itu sudah memadai. InsyaAllah saya mahu ke sini lagi. (Sila klik gambar untuk lebih jelas)   Dalam perjalanan pulang, matahari mahu sembunyi berganti bulan. Kami sempat saksikan matahari terbenam di Pantai Morib. Subhanallah indah.. Ramai pula pengunjung pantai di hujung minggu yang bersiar, memancing dan menjala ikan. Kami solat maghrib di masjid dan berhenti sebentar menjamu selera ikan dan kerang bakar sebelum berangkat pulang. Sedap~! (Sila klik gambar untuk lebih jelas) Alhamdulillah... InsyaAllah kami mahu kembali lagi. Jaulah ini hanya permulaan perjalanan.. Buku masih sahabat sejati.. Cuma entah mengapa saya bertukar selera, atau dengan kata yang lebih baik, mahu membaca dan mengetahui tentang sesuatu yang lain pula.. Kesemua ilmu yang saya mahu tahu itu adalah untuk saya, demi kebaikan saya.. Zaman sekolah rendah, saya gemarkan edisi penyiasatan. Buku-buku hadiah abang sulu ng karya Enid Blyton masih tersimpan rapi. Kini dibiarkan saja tidak dibaca. Jika dibac a semula, ia membosankan!  Rak buku di bilik saya, buku-buku edisi penyiasatan masih tersimpan di rak ini. Zaman sekolah menengah, mula belajar baca novel cinta dek hasutan kawan-kawan. Tapi tak pernah bercinta. Cinta merapu novel dahulu sudah tidak menarik min at saya untuk membaca lagi kisah cinta yang dimonyetkan. Dasar monyet mendapat bunga!  Ada kisah di sebalik dua buku ini...hmm Zaman matrikulasi, bahan bacaan mula menjadi ilmiah. Mula suka membaca novel inggeris. Suka membeli buku-buku motivasi untuk menjadi lebih baik. Dan buku-buku tersebut ada juga yang dibeli, dibaca, tapi tidak ditamatkan pembacaan.hehe.. Di zaman ini, saya sudah boleh bezakan bahan bacaan yang baik dan kurang baik..  Ini sebahagian daripada buku-buku ketika tamat degree.. Zaman sarjana muda, buku motivasi diri semakin bertambah. Zaman ini zaman untuk saya maju ke hadapan. Zaman persaingan sihat dengan teman-teman. Buku-buku arab sedikit demi sedikit saya baca dan cuba perbaiki bacaan. Saya suka. Novel inggeris semakin banyak menjadi koleksi, novel melayu pula hanya dibeli setelah menelek lama input positif yang terdapat di dalamnya. Tidak pernah terlepas walau sekali untuk ke pesta buku, dan sanggup berhabis wang hanya untuk buku-buku yang termasuk dalam senarai diperlukan. Rak buku semakin penuh. Saya semakin giat membaca.  Buku-buku ini bahan bacaan untuk penulisan thesis saya. Zaman sarjana. Ini zaman saya berdikari sepenuhnya. Bahan bacaan akademik semakin banyak ditelek dan cuba dihadamkan. Dan saya cuba untuk membaca apa sahaja walau di luar bidang saya, kerana tidak mahu hanya tahu satu perkara sahaja. Rak buku yang telah penuh, disumbat-sumbat lagi semakin penuh. Dan zaman ini, di tahun baru 2010 ini, saya mula membaca semula kisah cinta. Cuma kisah cinta kali ini bukan yang dimonyetkan tapi dijadikan masjid, utuh selamanya. Mahu belajar untuk kehidupan lanjut jika saya panjang umur kelak. Siri kehidupan yang pelbagai telah cuba saya selidik dan mengambil pengajaran daripadanya. Oh ye, entah kenapa saya minat baca kisah-kisah sejarah berbanding zaman sekolah di mana subjek Sejarah adalah subjek yang paling saya benci!  Dua buku karya Ustaz Hasrizal ini telah saya beli di Pesta Buku tahun lepas, tapi saya tidak mahu membacanya kerana masih belum bersedia. 'Aku Terima Nikahnya' sudah tamat dibaca minggu lepas dan kini sedang membaca 'Bercinta hingga ke syurga'.  Terima kasih daun keladi. Juga Tahniah sekali lagi. Buku percuma pemberian abang ini sebenarnya adalah semangat untuk saya terus menulis.. Sejak tahun lepas (2009), saya menghadkan dua buku untuk setiap bulan. Ia lebih baik jika satu buku akademik, dan satu lagi buku hiburan ilmiah (sama ada novel, buku motivasi, atau buku agama). Dan saya mahu kekalkan untuk tahun-tahun yang berikutnya. **Entri ini ditulis di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Bahru.. 27 Jan 2010  Luahan hati Ibarat kepompong Tersimpan rapi Hanya Tuhan mengerti Suatu hari nanti Rama-rama kan menjelma Saat itu pastikan tiba Kan ku pelihara kepompong hati ini..
Terima kasih jika sanggup menunggu Detik kepompong menjadi si rama-rama yang indah..
Ikhlas buat kamu.. Terima Kasih
Ayat-Ayat Cinta (AAC) Ketika Cinta Bertasbih (KCB)
Alhamdulillah kedua-dua filem tersebut sudah tamat ditonton, tapi hanya novel AAC yang saya baca hingga ke penamatnya, novel KCB hanya saya baca secara rambang melalui e-book. Kedua-duanya ditulis Habiburrahman el-Shirazy. Tahniah buat penulis. Saya tidak mahu bercerita panjang tentang kedua-duanya.. Pasti kalian sudah tah u samada membaca novelnya atau menonton filemnya, sambil mendengar lagu-lagunya. Cuma mahu saya mengambil beberapa nilai positif yang diterapkan dalam filem terebut..  AAC mengetengahkan aspek positif dalam pernikahan dan poligami. Rata-rata wanita menganggap poligami sebagai madu yang beracun dan membuang segala kemanisan madu itu. Ia memang benar sesuatu yang perit tapi amalan sunnah itu pasti ada hikmah disebaliknya jika dipraktiskan di jalan yang benar. Dan benar juga cinta selepas nikah itu lebih mengasyikkan buat Fahri dan Aisha. Berlatarbelakangkan keindahan dan hiruk pikuk kota Mesir adalah penarik filem ini. Ujian yang menimpa watak utama juga telah menjadi klimaks cerita dan cinta kepada Allah adalah tahap cinta yang tertinggi. Selain itu, aspek positif juga dipamerkan dengan menunjukkan pernikahan adalah salah satu medan dakwah. Dakwah kepada Maria yang sudah lama tertarik dengan keindahan kitab suci al-Quran walaupun dia menganut agama Kristian. Cintanya kepada Fahri tersimpan rapi di dalam diari sehinggalah dia ditimpa musibah dan akhirnya menjadi isteri kedua Fahri. Yang pastinya, Maria mati dalam Iman selepas solatnya buat kali pertama..  KCB pula sibuk menonjolkan aspek positif bagaimana untuk membuat pilihan di dal am so al mencari jodoh. Khairul Azam sebagai watak utama sering ditimpa ujian dalam mebuat keputusan memilih pasangan hidupnya. Sebaik-baik calon pasangan hidup itu adalah yang bersandarkan kepada agama. Itu adalah mesej utama filem ini. Ia bukan lah sesautu yang mudak untuk memilih pasangan hidup kerana hidup hanya sekali dan biarlah perkahwinan itu hanya sekali dan bukan berkali-kali. Kehidupan janda suci muda yang dibawa watak sebagai Anna juga telah menjejaskan kredibiliti bapanya sebagai kiyai di kawasana perumahannya, walaupun temph berkahwin dengan Furqan hanya 6 bulan dan berjanda cuma seketika. Positifnya KCB juga terletak pada peranan graduan2 yang pulang dari Mesir bukanlah hanya sekadar membawa pulang segulung ijazah, tapi penuh tanggungjawab kepada masyarakt di sekeliling. Dan satu lagi yang benar-benar saya percaya di dalam filem ini ialah jodoh seseorang itu telah ditentukan oleh DIA, walau apapun rintangannya, mereka pasti bersatu di akhirnya.. seperti Azam dan Anna.. Memetik lirik lagu yang buat saya tersentuh di dalam KCB 2.. Nyanyian Melly Goeslow.. Aku hanya ingin cinta yang halal Di mata dunia juga akhirat Biar aku sepi aku hampa aku basi Tuhan sayang aku Aku hanya ingin cinta yang halal Dengan dia tentu atas ijinNya Ketika cinta bertasbih Tuhan beri aku cinta Ku menanti cinta…Walau apa pun yang dikatakan tentang AAC dan KCB, saya tetap mahu lihat sesuatu itu dari aspek positifnya. Mana ada semua benda yang sempurna. Biarpun kedua cerita ini berbeza, tapi subjek utama yang dibawa ialah CINTA. Cinta pula pasti punya definisi berbeza pada setiap manusia. Namun yang pastinya cintakan Allah itulah yang kekal selamanya dan pemangkin kebahagiaan untuk cinta kepada selainya.. Sila baca Cinta Itu Bukan Tuhan tulisan Ustaz Pahrol Muhammad, sili klik di SINI, dan saya setuju dengan pendapatnya untuk meletakkan cinta itu sebagai alat untuk beribadah kepadaNYA.. Wallahua'lam.. Dari DIA kita datang, Kepada DIA juga kita kembali.. Innalillahiwainnailahiraji'un...
Berita kemangkatan Sultan Johor diumumkan malam tadi. Baginda Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail telah mangkat jam 7.08 malam, hari Jumaat, 22 jan 2010.
Saya anak Johor.. Saya dilahirkan di Johor. Dibesarkan di Johor Bahru.. Walau ada negeri mana yang lebih baik, saya tetap akan pilih Johor.. Sebab negeri ini tercatat bermulanya kehidupan saya..
Walau saya dan al-Marhum tidak pernah bersua muka, tapi saya hormat bahawa dia Sultan negeri kelahiran saya. Nyanyian lagu johor juga menyebut "Allah Selamatkan Sultan.." khas untuk Sultan itu. Saya ada Sultan. Johor ada Sultan. Kini telah pulang bertemu Tuhan, dan pertabalan Sultan baru digantikan anaknya Tunku Mahkota.
Takziah buat seluruh kaum kerabat Sultan..
Cuma perintah berkabung yang diwar-warkan membuat saya berfikir sejenak.. Dipetik dari Berita Harian hari ini (klik di SINI)
"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya. Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri. "Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya. Saya tidak berapa jelas tentang hukum berkabung di dalam Islam.. Saya perlu tahu jika benar ada nas sahih yang mengarahkan untuk berkabung.. Adakah ia dibenarkan dalam Islam? Bagaimana caranya? Apakah tarikh disebalik perintah berkabung? saya benar-benar mahu tahu.. Jika ada sesiapa yang tahu, sila kongsi bersama saya.. InsyaAllah jika saya tahu kelak, saya akan maklumkan di sini..
AL-FATIHAH untuk al-Marhum...
 Alhamdulillah... Tamat juga membaca keempat-empat karya Andrea ini.. Dimulakan dengan kisah pengembaraan penulis (Ikal) ketika kecil sehinggalah dia dewasa, bukan sahaja di Belitong, tempat kelahirannya itu, malah merantau seluruh dunia...
Buku-buku ini saya tidak beli secara sekaligus.. dimulakan dengan buku Laskar Pelangi (LP), dibeli dengan ayah di Angsana, JB.. Kemudian membeli Edensor (Ed) & Maryamah karpov (MK) di Mph Wangsa Maju, barulah membeli Sang Pemimpi di akhirnya.. Bacaan juga tidak mengikut urutan (LP, SP, Ed, MK) tapi saya membaca LP, Ed, Sp dan diakhiri MK... Kagum !! itu perkataan pertama setelah mengakhiri bacaan.. Saya kagum dengan penulis yang menceritakan pengalaman kehidupannya di dalam empat buku, malah saya rasa pengalaman itu boleh disambung dengan bilangan buku yang berikutnya.. Dia punya kuasa tarikan luar biasa untuk mengolah setiap kejadian yang dialami sepanjang hidupnya... ceritanya ringkas tapi masih menarik dengan setiap olahannya serta informasi yang berguna.. Buku-buku ini berjaya membuat saya ketawa terbahak-bahak serta menangis teresak-esak.. Sentuhan karyanya benar-benar menyentuh jiwa.. Laskar Pelangi
Kisah 11 anak2 Sekolah Rendah Muhammadiyyah yang mula mencorakkan kehidupan. Penuh suka duka dan cabaran. Keberanian dan keintelektuan dibentuk ketika ini. Cinta dan kasih sayang tunggak persahabatan mereka..
Filem yang telah diterbitkan tentunya tidak sama dan sehebat tulisan Andrea.. Sang Pemimpi "Dengan mimpi kita terus hidup.. Hidup ini tiada gunanya tanpa bermimpi" Jeritan Arai kepada Ikal ini benar-benar satu pegangan penulis untuk terus bermimpi. Mimpi untuk mencapai satu puncak kejayaan. Biarpun melalui kehidupan yg sgt susah, mimpi lah yang membakar semangat Ikal, Arai dan Jimbron.. Segulung ijazah berjaya juga diegendong Arai dan Ikal. Erti ijazah itu bakal mengubah kehidupan mereka untuk terus bermimpi...
"Kita lah yang mencorak mozek-mozek kehidupan ini...." "Bermimpilah....kerana Tuhan akan memeluk mimpi2 itu.."
 Filem Sang Pemimpi yang baru keluar di pawagam Indonesia.. Edensor
Buku ketiga ini adalah lanjutan kerana beraninya Ikal dan Arai bermimpi. Mimpi untuk menjejakkan kaki ke Perancis bukan hanya sekadar mimpi. Malah mereka merantau ke pelosok Eropah dengan hanya backpacking dan menjadi patung ikan duyung penghibur jalanan.. Pengalaman sepanjang perjalanan juga bukan hanya pengalaman biasa.. Ia diiringi cinta Ikal kepada A Ling sebagai cinta pertamanya serta semangat belajar melanjutkan master di unversiti.. Arai terpaksa pulang ke tanah air kerana penyakit yg menimpanya, dan Ikal meneruskan perjuangan seorang diri.. tapi tetap pulang dengan kejayaan... judul buku ini Edensor adalah sempena sebuah tempat yang diimaginasikan dalam sebuah buku pemberian A Ling kepada Ikal.. Dalam pencarian cinta, Ikal berjaya menemukan lokasi tanpa bertemu cintanya itu..
Maryamah Karpov
Sebelum membaca, saya punya harapan tinggi kepada penulis untuk mengakhiri episod LP dengan baik..tapi ada sedikit hampa.....
Buku keempat ini juga penuh suka duka..humornya menggelikan hati.. Kali ini kisah Ikal di tempatnya sendiri.. ternyata hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.. hujan batu yang menimpa Ikal bukan calang2 batu..dia dihinggapi pengangguran, cabaran, taruhan, serta ketakutan kehilangan cinta pertama.. saya juga pelik kenapa nama Maryamah Karpov menjadi judul buku ini, padahal nama makcik itu hanya disebut beberapa kali dan peranan anak makcik itu yang bernama Nurmi serta pemain piano itu lebih banyak wataknya dr ibunya.. Mimpi2 Lintang pula terhasil kerana pembikinan perahu dan banyak dibantu oleh kegeniusan Lintang serta kemistikan Mahar.. Oleh yang demikian, perahu itu diberikan nama Mimpi-mimpi Lintang...
Niat Ikal untuk bertemu cinta pertamanya A Ling berhasil juga... tapi sedihnya, buat kali pertama ayah Ikal yang pendiam itu mengatakan Tidak untuk permintaan satu2nya anak kesayangannya itu..dan pengakhiran buku ini boleh dikategorikan sebagai penderhakaan anak kepada bapanya hanya kerana cinta.....
Walau apapun... Tahniah Andrea Hirata kerana berjaya menghasilkan buku-buku yang penuh imaginasi cemerlang...! ^__^
** SP dan MK saya tamatkan kerana laptop yang rosak.. Rupa2nya ada hikmah di sebalik laptop yang rosak itu..hehe.. dua buku pertama yang ditamatkan pada bulan pertama tahun baru ini...
| |